Friday, 6 May 2016
Monday, 2 May 2016
MODEL KAJIAN TINDAKAN
MODEL KAJIAN TINDAKAN
Secara
umumnya, konsep kajian tindakan dipelopori oleh Kurt Lewin, seorang ahli
psikologi sosial Amerika Syarikat. Berdasarkan Lewin (1946), kajian tindakan
ialah satu kitaran langkah-langkah yang terdiri daripada empat langkah iaitu
langkah merancang, langkah bertindak, langkah memerhati, dan langkah mereflek terhadap
keberkesanan tindakan yang telah dilakukan. Dengan itu, Model Kurt Lewin telah
dikemukakan oleh Lewin. Pengkaji-pengkaji penyelidikan kajian tindakan yang
seterusnya turut memperkenalkan model-model kajian tindakan berasaskan Model
Lewin.
Banyak
model kajian tindakan telah diperkenalkan oleh pengkaji-pengkaji penyelidikan
kajian tindakan seperti Model Kajian Tindakan Lewin, Model Kajian Tindakan
Kemmis, Model Kajian Tindakan Elliot, Model Kajian Tindakan Somekh, Model
Kajian Tindakan Ebbutt, Model Kajian Tindakan McKernan, Model Kajian Tindakan
Stringer. Yang berikut ialah pengenalan terhadap model-model secara terperinci.
a) Model Kajian Tindakan Kemmis
Stephen Kemmis seorang
yang realistik dan hanya mengiktiraf Lewin sebagai pengasas istilah “action
research”. Beliau bersetuju dengan pendapat Lewin iaitu kajian tindakan ialah
satu siri lingkaran (spiral) di mana satu pelan tindakan hasil daripada
pemerhatian dan refleksi. Beliau telah mengembangkan teori Lewin dalam konteks
pendidikan dan menggunakan istilah “educational action research”. Model Kemmis
lebih kurang sama dengan Model Lewin yang bersifat lingkaran atau dua kitaran
tetapi Kemmis menggabungkan langkah bertindak dan langkah memerhati dengan
menjadikan Model Kemmis mempunyai tiga langkah iaitu
i.
Langkah
merancang
ii.
Langkah
bertindak dan memerhati
iii.
Langkah
mereflek
Rajah 1 Model Kajian
Tindakan Kemmis
Sebelum
memasuki kitaran yang pertama, penyelidik perlu mengenal pasti fokus kajian
iaitu isu atau masalah yang perlu dikaji dalam kajian. Dalam konteks
pendidikan, guru yang bertindak sebagai penyelidik perlu mengenal pasti masalah
yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran setelah melakukan
refleksi terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam bilik
darjah. Untuk mengenalpasti isu/masalah, tiga perkara yang berikut perlu
diberikan tumpuan:
Ø Apakah
yang sedang berlaku?
Ø Bagaimanakah
keadaan sesuatu isu/ masalah/ situasi itu wujud?
Ø Apakah
yang boleh saya lakukan?
Sebagai
contohnya, guru telah mengenal pasti masalah yang berlaku sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran dilakukan iaitu pelajar berasa tidak minat atau
berasa bosan apabila diminta untuk menghasilkan sebuah karangan secara
individu.
Berkaitan dengan masalah yang dibicarakan seperti yang atas iaitu masalah kebosanan pelajar dalam penulisan karangan secara individu, maka guru telah merancang pengajaran harian yang menekankan kaedah pengajaran koperatif dalam pengajaran penulisan karangan di dalam bilik darjah.
i.
Langkah merancang
Setelah
mengenalpasti fokus kajian (isu/masalah), perancangan yang melibatkan
langkah-langkah penambahbaikan perlu dibentuk untuk tindakan yang seterusnya. Elliot
(1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) telah mencadangkan langkah-langkah
yang berikut:
a. Menulis
pernyataan fokus kajian
b. Definisikan
pemboleh ubah yang berkaitan
c. Bentuk
soalan kajian
d. Jelaskan
intervensi atau inovasi yang dicadangkan
e. Jelaskan
rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat
f. Jelaskan
perundiangan yang perlu dijalankan
g. Bina
garis masa kajian (timeline)
h. Nyatakan
sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan
i. - Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan
data
Berkaitan dengan masalah yang dibicarakan seperti yang atas iaitu masalah kebosanan pelajar dalam penulisan karangan secara individu, maka guru telah merancang pengajaran harian yang menekankan kaedah pengajaran koperatif dalam pengajaran penulisan karangan di dalam bilik darjah.
ii.
Langkah bertindak dan
memerhati
Langkah
ketiga ialah langkah bertindak di mana guru akan menjalankan tindakan seperti
apa yang telah dirancangkan dan ditetapkan. Guru akan mengambil kira masa,
konteks kandaungan, tahap kerjasama pelajar, faktor persekitaran (suasana bilik
darjah, iklim) serta menyesuaikan diri mengikut keadaan supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.
Pada
masa yang sama, pemerhatian juga perlu dijalankan untuk menilai tahap
keberkesanan perancangan yang telah dilakukan pada kitaran 1 dan hasil dapatan
kitaran 1 dapat memudahkan perancangan kitaran 2 yang seterusnya. Penyelidik
boleh memerhatikan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan mencatat tingkah
laku guru dan reaksi pelajar terhadap tingkah laku yang telah dijalankan.
Selain kaedah catatan, penyelidik juga boleh merakamkan pemerhatian secara
audio melalui rakaman video atau pemerhatian secara visual dengan mengambil
gambar.
iii.
Langkah mereflek
Dalam
konteks pendidikan, refleksi ialah proses renungan kembali atau imbas kembali
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan serta
bertindak untuk menambahbaikan masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Langkah refleksi dalam kajian tindakan membolehkan penyelidik
membuat refleksi terhadap perancangan yang telah dilakukan dalam kitaran
pertama dan memudahkan untuk perancangan yang seterusnya dalam kitaran kedua.
Menurut
Lewin (1946), Kajian Tindakan ialah satu lingkaran (spiral) langkah-langkah yang
terdiri daripada empat langkah iaitu langkah merancang (plan), langkah
bertindak (act), langkah memerhati (observe), dan langkah mereflek (reflect) terhadap
keberkesanan tindakan yang telah dilakukan. Kitaran ini akan diulangi di mana
hasil dapatan kitaran pertama digunakan untuk perancangan kedua dan begitulah
seterusnya sehingga keputusan yang memuaskan dapat diperolehi. Model Lewin ditunjukkan
dalam Rajah 2.
Rajah 2 Model Kajian Tindakan Lewin (1946)
c) Model Kajian Tindakan Elliot
John
Elliot (1981) yang mempelopori Kajian Tindakan Bilik Darjah (Classroom Action Research) berpendapat
bahawa kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang bertujuan untuk
meningkatkan mutu profesionalisme guru. Pandangan Elliot yang menyatakan kajian
tindakan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga pusingan dan projek
penyelidikan yang hanya melibatkan satu pusingan hanya satu projek penyelesaian
masalah dan tidak boleh dianggap sebagai kajian tindakan. Jadi, model yang
dikemukakannya mempunyai tiga fasa di mana setiap lima langkah yang sama perlu
diulangi sebagai satu kitaran sehingga hasil dapatan yang memuaskan dapat
diperolehi. Langkah-langkah yang terdapat dalam ketiga-tiga fasa adalah seperti
yang berikut:
Fasa 1 Fasa 2

Rajah 3 Model Kajian Tindakan Elliot
d) Model Kajian Tindakan Somekh
Di
UK, Bridget Somekh telah mengembangkan langkah-langkah kajian tindakan secara
lebih terperinci. Terdapat lapan langkah dalam model kajian tindakan ini di
mana bermula dari langkah yang senang kepada langkah yang terperinci. Kelebihan
model ini ialah model ini sangat jelas dan terperinci maka kekurangannya ialah
penyelidik perlu mengikut setiap langkah yang ada secara urutan dengan
terperinci. Model Kajian Tindakan Somekh ditunjukkan dalam Rajah 4.
Rajah
4 Model Kajian Tindakan Somekh
e) Model Kajian Tindakan Ebbutt
David
Ebbutt (1985) mempunyai pendapat yang berbeza dengan Kemmis yang menyatakan
kajian tindakan ialah satu lingkaran (spiral). Beliau menyatakan lingkaran
(spiral) bukan satu unsur yang paling penting dalam proses penyelidikan tindakan.
Beliau berpendapat bahawa kajian tindakan ialah satu siri putaran yang
berturut-turut di mana setiap putaran mempunyai maklum balas penilaian dalam
dan antara setiap putaran.
Berdasarkan
Ebbutt, kajian tindakan dapat dilakukan dalam tiga kaedah. Yang pertama, bermula dengan idea umum dan diteruskan dengan
langkah peninjauan untuk menghasilkan persoalan kajian. Setelah fokus kajian telah
dikenalpasti, perancangan keseluruhan ditetapkan dan langkah tindakan dilaksanakan
mengikut rancangan yang telah ditetapkan. Pemantauan akan dijalankan dalam
langkah seterusnya dan langkah tindakan kedua akan diambil apabila tiada
berlakunya apa-apa masalah. Jika berlakunya kesalahan, penyelidik boleh
menggunakan kaedah kedua iaitu mengubahsuai perancangan keseluruhan atau kaedah
ketiga mengubahsuai idea umum dan seterusnya bertindak mengikut idea umum yang
baharu. Model Kajian Tindakan Ebbutt ditunjukkan dalam Rajah 5.
Subscribe to:
Posts (Atom)