Monday, 2 May 2016

MODEL KAJIAN TINDAKAN

MODEL KAJIAN TINDAKAN

Secara umumnya, konsep kajian tindakan dipelopori oleh Kurt Lewin, seorang ahli psikologi sosial Amerika Syarikat. Berdasarkan Lewin (1946), kajian tindakan ialah satu kitaran langkah-langkah yang terdiri daripada empat langkah iaitu langkah merancang, langkah bertindak, langkah memerhati, dan langkah mereflek terhadap keberkesanan tindakan yang telah dilakukan. Dengan itu, Model Kurt Lewin telah dikemukakan oleh Lewin. Pengkaji-pengkaji penyelidikan kajian tindakan yang seterusnya turut memperkenalkan model-model kajian tindakan berasaskan Model Lewin.

Banyak model kajian tindakan telah diperkenalkan oleh pengkaji-pengkaji penyelidikan kajian tindakan seperti Model Kajian Tindakan Lewin, Model Kajian Tindakan Kemmis, Model Kajian Tindakan Elliot, Model Kajian Tindakan Somekh, Model Kajian Tindakan Ebbutt, Model Kajian Tindakan McKernan, Model Kajian Tindakan Stringer. Yang berikut ialah pengenalan terhadap model-model secara terperinci.

a)  Model Kajian Tindakan Kemmis
Stephen Kemmis seorang yang realistik dan hanya mengiktiraf Lewin sebagai pengasas istilah “action research”. Beliau bersetuju dengan pendapat Lewin iaitu kajian tindakan ialah satu siri lingkaran (spiral) di mana satu pelan tindakan hasil daripada pemerhatian dan refleksi. Beliau telah mengembangkan teori Lewin dalam konteks pendidikan dan menggunakan istilah “educational action research”. Model Kemmis lebih kurang sama dengan Model Lewin yang bersifat lingkaran atau dua kitaran tetapi Kemmis menggabungkan langkah bertindak dan langkah memerhati dengan menjadikan Model Kemmis mempunyai tiga langkah iaitu
i.                    Langkah merancang
ii.                  Langkah bertindak dan memerhati
iii.                Langkah mereflek

Model Kemmis ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1 Model Kajian Tindakan Kemmis

              Kitaran 1                                                                          Kitaran 2
Sebelum memasuki kitaran yang pertama, penyelidik perlu mengenal pasti fokus kajian iaitu isu atau masalah yang perlu dikaji dalam kajian. Dalam konteks pendidikan, guru yang bertindak sebagai penyelidik perlu mengenal pasti masalah yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran setelah melakukan refleksi terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam bilik darjah. Untuk mengenalpasti isu/masalah, tiga perkara yang berikut perlu diberikan tumpuan:
Ø  Apakah yang sedang berlaku?
Ø  Bagaimanakah keadaan sesuatu isu/ masalah/ situasi itu wujud?
Ø  Apakah yang boleh saya lakukan?
Sebagai contohnya, guru telah mengenal pasti masalah yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan iaitu pelajar berasa tidak minat atau berasa bosan apabila diminta untuk menghasilkan sebuah karangan secara individu.
i.                    Langkah merancang
Setelah mengenalpasti fokus kajian (isu/masalah), perancangan yang melibatkan langkah-langkah penambahbaikan perlu dibentuk untuk tindakan yang seterusnya. Elliot (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) telah mencadangkan langkah-langkah yang berikut:
a.       Menulis pernyataan fokus kajian
b.      Definisikan pemboleh ubah yang berkaitan
c.       Bentuk soalan kajian
d.      Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan
e.       Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat
f.       Jelaskan perundiangan yang perlu dijalankan
g.      Bina garis masa kajian (timeline)
h.      Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan
i. -        Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data







Berkaitan dengan masalah yang dibicarakan seperti yang atas iaitu masalah kebosanan pelajar dalam penulisan karangan secara individu, maka guru telah merancang pengajaran harian yang menekankan kaedah pengajaran koperatif dalam pengajaran penulisan karangan di dalam bilik darjah.








ii.                    Langkah bertindak dan memerhati

Langkah ketiga ialah langkah bertindak di mana guru akan menjalankan tindakan seperti apa yang telah dirancangkan dan ditetapkan. Guru akan mengambil kira masa, konteks kandaungan, tahap kerjasama pelajar, faktor persekitaran (suasana bilik darjah, iklim) serta menyesuaikan diri mengikut keadaan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.

Pada masa yang sama, pemerhatian juga perlu dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan perancangan yang telah dilakukan pada kitaran 1 dan hasil dapatan kitaran 1 dapat memudahkan perancangan kitaran 2 yang seterusnya. Penyelidik boleh memerhatikan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan mencatat tingkah laku guru dan reaksi pelajar terhadap tingkah laku yang telah dijalankan. Selain kaedah catatan, penyelidik juga boleh merakamkan pemerhatian secara audio melalui rakaman video atau pemerhatian secara visual dengan mengambil gambar.










Berkaitan dengan masalah yang dibicarakan seperti yang atas iaitu masalah kebosanan pelajar dalam penulisan karangan secara individu, maka guru telah menggunakan kaedah koperatif dengan meminta semua pelajar di dalam kelas dapat menyiapkan sebuah karangan yang lengkap secara keseluruhan kelas. Guru telah mengambil gambar situasi semasa apabila pelajar bekerja dalam kumpulan supaya dapat menilai tahap keberkesanannya.




iii.                    Langkah mereflek
Dalam konteks pendidikan, refleksi ialah proses renungan kembali atau imbas kembali terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan serta bertindak untuk menambahbaikan masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah refleksi dalam kajian tindakan membolehkan penyelidik membuat refleksi terhadap perancangan yang telah dilakukan dalam kitaran pertama dan memudahkan untuk perancangan yang seterusnya dalam kitaran kedua.


b)  Model Kajian Tindakan Kurt Lewin
Menurut Lewin (1946), Kajian Tindakan ialah satu lingkaran (spiral) langkah-langkah yang terdiri daripada empat langkah iaitu langkah merancang (plan), langkah bertindak (act), langkah memerhati (observe), dan langkah mereflek (reflect) terhadap keberkesanan tindakan yang telah dilakukan. Kitaran ini akan diulangi di mana hasil dapatan kitaran pertama digunakan untuk perancangan kedua dan begitulah seterusnya sehingga keputusan yang memuaskan dapat diperolehi. Model Lewin ditunjukkan dalam Rajah 2. 

                                  
                                      Rajah 2 Model Kajian Tindakan Lewin (1946)

c)  Model Kajian Tindakan Elliot
John Elliot (1981) yang mempelopori Kajian Tindakan Bilik Darjah  (Classroom Action Research) berpendapat bahawa kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang bertujuan untuk meningkatkan mutu profesionalisme guru. Pandangan Elliot yang menyatakan kajian tindakan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga pusingan dan projek penyelidikan yang hanya melibatkan satu pusingan hanya satu projek penyelesaian masalah dan tidak boleh dianggap sebagai kajian tindakan. Jadi, model yang dikemukakannya mempunyai tiga fasa di mana setiap lima langkah yang sama perlu diulangi sebagai satu kitaran sehingga hasil dapatan yang memuaskan dapat diperolehi. Langkah-langkah yang terdapat dalam ketiga-tiga fasa adalah seperti yang berikut:
                   Fasa 1                                                                                 Fasa 2       

                       












Rajah 3  Model Kajian Tindakan Elliot 

                                                                                                                               
d)  Model Kajian Tindakan Somekh
Di UK, Bridget Somekh telah mengembangkan langkah-langkah kajian tindakan secara lebih terperinci. Terdapat lapan langkah dalam model kajian tindakan ini di mana bermula dari langkah yang senang kepada langkah yang terperinci. Kelebihan model ini ialah model ini sangat jelas dan terperinci maka kekurangannya ialah penyelidik perlu mengikut setiap langkah yang ada secara urutan dengan terperinci. Model Kajian Tindakan Somekh ditunjukkan dalam Rajah 4.

Rajah 4 Model Kajian Tindakan Somekh

e)  Model Kajian Tindakan Ebbutt
David Ebbutt (1985) mempunyai pendapat yang berbeza dengan Kemmis yang menyatakan kajian tindakan ialah satu lingkaran (spiral). Beliau menyatakan lingkaran (spiral) bukan satu unsur yang paling penting dalam proses penyelidikan tindakan. Beliau berpendapat bahawa kajian tindakan ialah satu siri putaran yang berturut-turut di mana setiap putaran mempunyai maklum balas penilaian dalam dan antara setiap putaran.

Berdasarkan Ebbutt, kajian tindakan dapat dilakukan dalam tiga kaedah. Yang pertama,  bermula dengan idea umum dan diteruskan dengan langkah peninjauan untuk menghasilkan persoalan kajian. Setelah fokus kajian telah dikenalpasti, perancangan keseluruhan ditetapkan dan langkah tindakan dilaksanakan mengikut rancangan yang telah ditetapkan. Pemantauan akan dijalankan dalam langkah seterusnya dan langkah tindakan kedua akan diambil apabila tiada berlakunya apa-apa masalah. Jika berlakunya kesalahan, penyelidik boleh menggunakan kaedah kedua iaitu mengubahsuai perancangan keseluruhan atau kaedah ketiga mengubahsuai idea umum dan seterusnya bertindak mengikut idea umum yang baharu. Model Kajian Tindakan Ebbutt ditunjukkan dalam Rajah 5.



No comments:

Post a Comment